Saturday, March 09, 2019

Semoga Mak cepat sembuh


Semoga mak cepat sembuh.

Semalam aku mimpi aku cabut kuku sendiri.

Monday, July 09, 2018

I LOVE YOU MUM

I LOVE YOU MAK.
tu je nak cakap. huhu.

KakLong sayangkan mak sgt2 n maafkan KakLong andai KakLong pernah mengguriskan hati mak.

Saturday, June 02, 2018

Tok Wan...

Allah..
Sebaknye rasa.
Bila Fathul tengok henfon makcik dia...

“Tok Wann.. Tok Wann”

Tak sangka dia masih ingt TokWan dia.
Dulu TokWan dia yg paling suka layan dia..
Aku teringat abah..
Teringat setiap kali TokWan dia balik dari surau after subuh, mesti cari Fathul dulu..

Allah.. hampit menitis air mata aku ni sebab teringat abah.
Rasa sedih yg teramat sebab rindu ni tiada penghujung, aku takkan dapat melepaskan rindu ni..
Sedihnya.

Semoga bulan ramadhan ni, Allah SWT jauhkannya dr seksaan kubur, berkatinya. Dilapangkan dan diterangkan kuburnya...Aminn..
KakLong rindu abah.

Thursday, May 24, 2018

Same time, same date, a year ago.

Teringat sangat kejadian masa ni, setahun yang lalu. Kami sibuk di hospital, antara percaya dan tidak. Allah... rasa nak gugur jantung lagi sekali. Teringat bila doktor gave us the news.. 😢

KakLong rindukan abah. Always have, and always will be. Maafkan kesilapan KakLong kat abah. Teringat salam ciuman terakhir KakLong buat abah masa abah ada dan masa abah dah tiada.

Allah.. Rahmatilah dia, ampunkanlah dosanya, lapangkan dan terangkanlah kuburnya. Peliharalah dia seperti dia memeliharaku sedari kecilku Ya Allah. Sesungguhnya Kau maha penyayang dan maha mengasihani.


Sunday, May 06, 2018

Mimpi abah lagi

Arini aku demam, sakit2 badan. Spoil plan je nak ke USJ. Dok umah je arini. Penyudahnya, memang tido je laa..

Aku terjaga betul2 right before maghrib n u know what.. aku mimpi abah.
Dah lama tak mimpi abah. Right after bangun tu aku rase sebak sangat. rindu kat abah. Air mata tiba2 mengalir laju. Nak kejutkan cukk, takut dia x paham. And a minute later, Adilah texted me.. asking whether aku nak ikut tak g tahlil mak Wirda.. n i told her about the dream, not in details though sebab aku tau nanti die pun sedih coz die pun cakap die pun baru mimpikan abah semalam.

Aku mimpi I was in the car with Abah, Ikah, Lia n Kak Yong.
Dalam kereta tu aku duduk seat yg sama dgn abah so that I was facing him. Kirenya aku mnyandar kat pintu while abah was driving laa. Ikah n Lia pun share same seat sebelah abah. Kak Yong je dok kat blakang. I don’t quite remember the details of our conversation or where we headed, tapi dalam mimpi tu kitorang rancak berborak, tapi abah just nodding n smiling je.. tak dengar suara abah pun. I really missed talking to him. I missed the sound of his voice.
Then, tiba2 ktorg ride moto pulak. Aku n abah. Ikah n Lia, Kak yong tak sure, maybe same bike dgn dorg dua kot. I remember aku peluk abah kuat2 then tibe2 macam naik roller coaster.. tinggi gilaaa naik tu.. siap riso fon jatuh bagai.. yg aku ingat Lia cakap panadol aku jatuh 😅 Then masa dekat atas tu abah terus je terjun.. memang trasa laa jantung tu.. siap jerit.. supposed i’d be furious  dengan abah.. tapi I dunno why.. maybe sebab aku rasa selamat kot. Mmg dr kecik bila aku dalam kereta dgn abah, I felt kinda safe.. walaupun abah bawak kete ngantuk2.. bahaya sebenarnya, tp nyawa abah panjang masa tu..
Sambung cerita.. bila dah reached bawah tu.. aku pun terjaga.. sampai situ je mimpi tu.. bangun2 tu aku rase sebak. Aku nangis. Sibbek cukk tak perasan. Aku pegang fon.. sebab I wanted to talk with someone. Aku ingat nk msg tadia.. since petang tu aku ade cakap dgn dia psl aku demam.. sebab smlam aku cakap nak dtg usj arini.

I don’t like talking about these things to Cukk.. sebab dia tak paham. Maybe sebab dia belum rasa lagi how it felt to lost a parent. Tapi aku malas cerita now, buat aku sedih je. Maybe next time.

Abah.. I missed you. Semoga Allah SWT ampunkan dosa2 abah.. diberi rahmatiNya dan dikurniakan ganjaran syurga InsyaAllah. KakLong sentiasa rindu n doakan abah. It’s going to be 1 year soon.. n last year around this time Kaklong n family slalu baru lepas lawat abah kat PPUM n gi makan malam together. I missed you. 😢

6 Mei 2018.
9.50pm



Wednesday, March 14, 2018

Kak Long rinduu...

Abah,

Kaklong rindu sangat kat abah.
Kaklong asyik teringatkan hari2 terakhir abah kat hospital.
kali terakhir Kaklong salam, cium tangan abah.
Teringat dulu setiap pagi abah slalu beli breakfast.
Teringat nasihat2 abah.
Taktau kenapa hari ni Kaklong rase sebak sangat, nangis kat meja office.

Kaklong rindu...

Abah left whatsapp group family harini.
Maybe sebab tu kot.
and pagi tadi Adilah whatsapp cakap semalam die ingatkan nak activate balik no abah, tapi die lupe bawak simcard.
Hmmm.. xtau laa boleh lg tak dapat no tu.. sbb no tu da x active.

Kaklong rindu abah.
Kaklong sentiasa doakan abah.

Assalammualaikum.

Friday, June 16, 2017

HAPPY FATHER'S DAY, ABAH

Salam Abah...

Ya Allah, aku terlalu rindukan abah.

24hb Jun 2017 ni genap sebulan abah pergi mengadap ilahi.

Hari-hari ku di bulan ramadhan kali ni aku banyak spend time dengan family.
Aku tak putus berdoa setiap kali usai solat.. 

Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa suami kami, dosa-dosa ibu bapa kami, dosa-dosa ibu bapa mertua kami, dosa-dosa adik beradik kami, dosa-dosa adik beradik ipar kami, dosa-dosa saudara dan kenalan kami.
Ya Allah, Allahumma fighlahu warhamhu wa'afihii wa'fua'nhu. Ya Allah, Kau ampunkan lah dosa-dosa abahku, Haji Mustafa bin Sudin.. sahabat karibku, Afizul bin Adnan. Kau muliakan lah kematiannya, Kau angkatlah darjatnya dan cucurilah rahmatMu keatasnya. Kau lapangkanlah kuburnya, da lindungilah dia dar azab kubur dan api neraka Ya Allah. Redhakan lah kami dengan pemergiannya Ya Allah.
Ya Allah, Kau panjangkan lah umur ibuku, Zarabiah binti Baharum. Sihatkan lah tubuh badannya dan bahagiakan lah dia dengan kami, anak-anaknya walaupun tanpa abah di sisi. Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan kami adik beradik untuk menjaga ibu kami Ya Allah.. 
Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit adikku, Uzair bin Mustafa.  Sihatkanlah tubuh badannya seperti sedia kala supaya dia dapat berbakti kepadaMu dan keluarga sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga.
Ya Allah, Kau ketemukan lah jodoh yang baik untuk adik2 ku, yang dapat menerima keluarga kami dengan hati yang terbuka dan menganggap kami seperti darah dagingnya sendiri.
Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku dan suamiku. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, dan jadikan lah kami ibubapa yang soleh dan solehah, yang taat kepada perintahMu Ya Allah. Hindarkan kami dari sifat2 mazmumah, dan dekatkan kami dengan sifat2 mahmudah..

Aminn Ya Rabbal Alaminn.

Tuesday, May 30, 2017

ABAH, KAKLONG SAYANGKAN ABAH

ABAH...

KakLong tak sangka abah pergi dulu...
Abah, KakLong sayangkan abah sangat2.

Kaklong teringat 1 ketika masa abah hospitalized,
how u hold my hand that 1 day.. abah tak boleh cakap, mata x boleh pandang KakLong, tapi the way u gripped my hands, I can still feel them and that moment always lingers in my minds that always made me cry.

Allah.. Kau ampunkanlah dia, ampunkan dosa-dosa kecilnya, dosa-dosa besarnya Ya Allah.. Sesungguhnya Kau maha pengampun, maha pemurah lagi maha mengasihani. Ya Allah.. Kau lapangkan lah kuburnya.. Kau bersihkan lah dia sesuci putih seperti anak Adam yang baru lahir. Aku memohon kepadaMu Ya Allah..

I couldn't express my feelings on facebook, nor to my family. even my husband.
So, I let it all out here. sebab kat sini aku tau takde siapa yang baca, and this is sort of untuk aku sentiasa ingat these incidents as long as I live.. as long as blogger still active.

1 MAY 2017
Isnin cuti hari buruh.. aku balik uma family USJ dr southern trip.. ade kenduri.. sort of weekend getaway dengan anip. n macam biasa, bila aku nak balik uma aku.. aku akan salam mak n adik2 semua. selalunya aku takde nak cari abah pun.. slalu if abah xde nearby, aku x cari abah pun nak minta salam. Tapi, hari tu.. abah da berkunci dalam bilik, tapi aku siap ketuk pintu lagi.. nak salam abah..
Abah.. KakLong tak sangka tu salam terakhir KakLong kat abah.

2 MAY 2017
Aku terjaga at 12am. kat uma aku masa ni. Since malam sebelum tu aku tertido awal.. still jetlag dr weekend getaway. aku terjaga n ke toilet.. bila nak tido balik.. aku x sedap hati.. aku buka whatsapp, klik "Zaramusers".. senyap je malam ni.. pdhl sblm2 tu xpenah prasan pun nk jenguk group tu.
At 120am, aku masa tu baru lelap kot.. ada dapat call, tp tak sempat angkat. Miss-called from Fahmi. Aku pun call balik.. n Fahmi cakap abah collapsed.

Wednesday, March 15, 2017

I LOVE YOU, MOM

Mak.

Everyone must have love their mom, right?
As conveyed in movies, most of them usually shows the affections towards family.

I love my family.
I love my mother and father.
I love my siblings, even though they always make fun or bullied me. I know they love me too.
In my family, affection is not commonly portrayed.

Just recently, my company went for a trip and it was a 5 hours flight.
I usually loved getting on and off an airplane.
Till MH370 & MH17 cases.

Hmmm.. and it was a night flight, raining outside.
I make a note, in case something happened to me and I would want them to know.

Kaklong sayang Mak.
Kaklong selalu teringat jasa mak kat Kaklong, and
Kaklong teringat masa Kaklong jatuh "sakit" dulu, mak selalu dengan Kaklong. mak tepuk and dodoikan Kaklong bila Kaklong terjaga tengah malam and meracau.. KakLong sayang mak.
Kaklong berharap sangat dapat tunjukkan kasih sayang Kaklong kat mak. Tapi malu lebih menguasai diri.


Monday, November 14, 2011

Quote of the day

Spend life with who makes you happy, not who youhave to impress.
Don't believe the guy who TELLS you that he loves you, Believe the guy who SHOWS you that he loves you.
So true...

Sunday, November 13, 2011

Over & Over Again

Over and Over I gave him chances, but he never learns. I thought we were made for each other. I thought we understood each other... but apparently, not!

And for countless times I've HAD ENOUGH I'm desperately hoping that this one really is THE END.

Never should have given him those attentions where he obviously doesn't need it. He's totally better off without me. I was never part of his... At first, I thought I was... but on second thought (with those gestures and signs that indicates He no longer needed me or maybe have fallen for others... Nahh!!

More stories later on... Goodnite diary. Been so long since I've updated this blog, just when the time I really need someone to talk to, but I've no one that I dared to speak to regarding this. So, cheers to you Diary. :)

Thursday, January 28, 2010

Truly...

My mind prohibited me to say this...
but my heart insisted.
I LOVE YOU...
I've always been.
I love you so much
that it hurts and feels like crying. ๏̯͡๏

Tuesday, January 19, 2010

Cinta menurut Islam

This post was originated from my email. So, I just wanna share with all, and furthermore as a reminder to myself.

Cinta adalah kecenderungan hati kepada sesuatu, Oleh itu, ia adalah kerja hati, bukan kerja anggota badan yang zahir. Cinta seorang lelaki kepada seorang wanita atau cinta seorang wanita kepada lelaki adalah harus kerana ia adalah fitrah manusia, disebutkan dalam Hadis " Dicintai kepadaku daripada dunia : wanita dan wangian ... " (Riwayat Ahmad, An Nasai dan Hakim)

Ada sesetengah kelompok melihat cinta sebagai suatu dosa. Sebenarnya ia tidak berdosa, bahkan perkahwinan dan zuriat tidak akan berpanjangan tanpa cinta.

Islam adalah agama fitrah. Cinta juga adalah fitrah. Oleh itu Islam amat mementingkan cinta, kasih dan sayang dalam kehidupan seorang muslim.

Cinta dalam hadis Nabi:
1. "Seseorang akan bersama dgn orang yang dia kasihi" (Riwayat Bukhari)

2. "Apabila kasih seseorang akan saudaranya, maka beritahulah dia ... " (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

3. "... .Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu berkasih sayang... " (Riwayat Muslim)


Oleh itu, jika pasangan bercinta masih menjaga adab-adab dan akhlak, maka cinta itu adalah baik.

Jika ia melanggar hukum agama maka perbuatan itu adalah haram dan cinta mereka juga haram..

Sunday, January 17, 2010

Tak bisa Memilih

Aku keliru..
tak bisa memlih antara dua..
Cinta atau sayang?

Friday, January 15, 2010

Cinta Pertama

Melupakan cinta pertama adalah amat sukar.

Sunday, January 03, 2010

CINTA vs SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta,

hati kita akan berdegup kencang...

Tapi di depan orang yang kita suka,

hati kita akan gembira...


Di depan orang yang kita cinta,

musim sentiasa berbunga-bunga. ..

Di depan orang yang kita suka,

musim itu cuma berangin sahaja...


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,

kita akan kaku...

Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,

kita akan tersenyum...


Di depan orang yang kita cinta,

lidah kelu untuk berkata-kata. ..

Di depan orang yang kita suka,

lidah bebas berkata apa sahaja...


Di depan orang yang kita cinta,

kita menjadi malu...

Di depan orang yang kita suka,

kita akan tunjukkan imej yang sebenar...


Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...

Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...


Bila orang yang kita cinta menangis,

kita akan turut menangis...

Bila orang yang kita suka menangis,

kita akan turut membuat dia gembira...


Perasaan cinta bermula dari mata,

Perasaan suka bermula dari telinga...

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...

Umpama kita membuang telinga kita

Tapi jika kita cuba menutup mata

Cinta berbuah menjadi airmata


Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Mencintai dan Dicintai

Aku dicintai sepenuh hati.
Aku mencintai separuh mati.
Namun sedihnya,
Cintaku bukan untuk dia yang mencintaiku.

Maafkan aku.

-diari.sayang-

Friday, January 01, 2010

Have an Auspicious Year

Selamat Tahun Baru 2010 ^_^

"2day is equal with 100months anni.. =)"

When received the text message only did I realize how long this relationship has been going. It's been 100 months since we declared ourselves as couples. 100 full months!! So much had happened. All the smiles, the joys, the laughs, the problems, the break-ups, the heart breaks, the pains caused, the tears...

"I'm afraid of losing u :("

yes. I'm afraid sadness overwhelms most in our relationship, yet we still searched for each other. I wonder why. We lost each other so many times. But, somehow we managed to come back. I'm not so sure where this leads to.

Thursday, December 31, 2009

Kerasnya HATI

Cinta...
Mengapa sukar untuk mengerti?
Hadirnya, tak berbunyi.
Rupanya, tak mengenali.
Tiba-tiba jer terjatuh hati.

Hati...
mengapa sukar tuk bersapa?
kasih dan cinta diberi, tiada setara.
demimu, sanggup berkorban apa saja,
asalkan kau bahagia.
tapi, maengapa masih sukar tuk menerima?

Bahagia...
Ya, aku bahagia.
Diperlakukan bak puteri diraja.
semua kehendakku ditunaikan jua.
Senyumku, tawaku, sakitku, amarahku, semua diterima.
Andai ini bahagia,
mengapa masih jiwa meronta, kosong tak bersuara?

Gara-gara cinta sebelumnya.

Wednesday, December 30, 2009

CINTA = SAYANG = LOVE

SAYANG = CINTA? kalau SAYANG dan CINTA memberikan pengkadaran maksud yg sama, what's with the existence of both words today?? nape x boleh wat 1 term jer, mcm LOVE. huHu~ no other big word can describe em.


Mak aku kata, SAYANG dan CINTA adalah sama. Mak aku juga pernah bertanya, macammana bila kita bercinta dengan seseorang, boleh timbulnya perasaan SAYANG, tapi tak CINTA? Perasaan itu boleh dijangka kah? macam termometer pulak nak ade takat-takat suhu perasaan.

Apa perbezaan SAYANG dan CINTA? In english, when you said I LOVE YOU, what does it mean actually, in Malay? Boleh jadi Saya cinta kamu or Saya sayang kamu, betul tak? So, it means that both words are being treated the same when we spoke in english. am I right? Bagi aku.. SAYANG dan CINTA are two different words with their own meanings. Tapi, how to differentiate them? haaa.. tu aku tak tau. Semua ini berkenaan dengan hati. Hanya hati orang yang pernah menyayangi dan mencintai je dapat bezakan perasaan tu. Sama seperti apa yang hati aku rasakan sekarang.

Orang kata daripada MINAT, bertukar SUKA, berganti SAYANG, menimbulkan CINTA. senang untuk menyayangi semua orang, tapi susah untuk mencintai seseorang. Dan ternyata amat sukar untuk melupakan seseorang yang pernah kita cintai setulus hati.

So, try to remember the next time you said or heard "I LOVE YOU", what exactly did you meant by that? Is it cinta or sayang? That's why aku lebih prefer mengungkapkannya dalam bahasa ibunda.

Notakaki: Yang mana hadir dulu dalam hati, SAYANG atau CINTA?